Total Pageviews

Wednesday 29 August 2012

DINESH ANAK MAY CHEE CHOOK YING

  1. http://malaysia-today.net/mtcolumns/letterssurat/51281- dinesh-could-have-been-my- son?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter 

  2. DINESH COULD HAVE BEEN MY SON

    Saspek yang ditembak polis ini ada keberangkalian anak kepada penulis malaysia-today.net iaitu MAY CHEE CHOOK YING. Penulis simpati dengan kejadian ini, walau bagaimanapun jika kumpulan ini tidak mengganas seperti kumpulan gangster sudah tentu kejadian tembakan ini tidak terjadi.

    Baru-baru ini Penulis difahamkan polis berjaya mematahkan kegiatan kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai Geng 36 dan Geng 08, aktiviti kawasan Ampang merupakan tapak jajahan mereka dengan kegiatan pengedaran dadah, pemeresan dan pergaduhan merebut kawasan menjadi punca pendapatan mereka.

    Jika kita imbas kembali tahun 60an, 70an dan 80an, jenayah index Malaysia kurang. Kebarangkalian besar zaman itu merupakan zaman komunis dan pihak polis menggunakan kekerasan melawan penjenayah yang mana masyarakat gembira kerana kawasan kejiranan mereka selamat dan ramai penjenayah atau gengster ditangkap di bawah ISA. Rakyat bersetuju dengan tindakan polis kerana ketika zaman itu golongan masyarakat mempunyai pengalaman yang perit mengharungi kehidupan.

    Masyarakat negara kita kini berubah. Mereka tidak kenal seseorang itu penjenayah atau orang baik. Saya percaya tindakan polis mengambil keputuasan melepaskan tembak penjenayah adalah tindakan wajar dan patut dipuji. Polis terlebih dahulu diserang dengan parang dan senjata tajam. Ini mengambarkan kumpulan 36 atau 08 ini tidak peduli dengan undang-undang. Maka wajarlah mereka dihukum.

    Penulis berpendapat dan mengsyorkan supaya semua penjenayah di Malaysia perlu dihukum. Melalui proses undang-undang, sudah tentu bukti yang ada kurang tetapi fakta bahawa mereka adalah penjenayah, lebih-lebih lagi kejadian tembak Danish ini ternyata betul. Malangnya masyarakat terutama NGO atau mereka yang bersekongkol dengan penjenayah membantu penjenayah melepaskan diri seperti peguam antara lainya Latifah Koyak.

    Mungkinkah mereka ini juga terlibat dalam jenayah tak nampak....?

    Tindakan yang amat berkesan memerangi jenayah di Malaysia ialah hukuman tembak. Sah sahaja mereka terlibat dengan jenayah index, polis patut dan perlu tembak supaya masyarakat yang tidak berdosa tidak menjadi mangsa jenayah. Jika ini diamalkan, necaya..index crime yang sebilangan orang pertikaikan menjadi zero (0%).

    Nah...apa lagi polis, ambil tindakan drastiklah, tak perlu berhemah dengan penjenayah atau mereka yang berskodeng dengan penjenayah juga perlu diambil tindakan.

    Pelik tapi benar ....rakyat Malaysia ini. Penjenayah mati ditembak polis, banyak bising sanggup beri sedekah tapi tin kosong. Kalau ada mati sebab lebih makan, penyakit atau bencena tak pula bising, hulur bantuan sedekah pun tak mau.

    Bolehlah penulis katakan orang ini pelik, jadi kalau ada kejadian pelik jangan jadi pelik.

    Kita lihat Negara China, semua penjenayah ditembak mati, tiadalah jenayah index, rakyat tak bising malah gembira sebab mereka selamat dari gangguan hantu-hantu ini. Kalau boleh kita ikut macam China.

    Kalau boleh Malaysiakini buat undian online : Patutkah penjenayah index dihukum tembak - Ya atau Tidak.

    Jawapan tentu 80% memihak kepada YA dan 20% memilih TIDAK.

    Analisa boleh dibuat di mana 20% adalah penjenayah atau berskodeng dengan jenayah.

No comments:

Post a Comment