Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, dijangka merombak
semula kabinetnya awal bulan ini dan menunda pilihan raya, yang sebelum
ini diramal diadakan tidak lama lagi.
Ini berikutan skandal melibatkan sekurang-kurangnya dua menterinya.
Difahamkan
pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri sudah menyenaraikan menteri dan
timbalan menteri berpotensi dan dilihat sebagai 'orang' Datuk Seri Najib
bagi menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya
untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
'Najib
memerlukan lebih ramai orangnya di kabinet. Beliau perlu menggantikan
mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya,'
kata seorang sumber Umno sambil merujuk kepada skandal yang
menyelubungi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
No comments:
Post a Comment