Penganjur perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) Azmin Ali tidak jujur dengan kata sepakat yang dipersetujui sebelum ini (PDRM+dirinya) apabila mengeluarkan kenyataan tiada sebarang syarat dikenakan polis bagi mengadakan perhimpunan itu. Kau ni memang dayus la min.
Ketua Polis Kuala Lumpur (KP KL), Datuk Mohmad Salleh, berkata pihaknya kesal dengan tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, yang membuat kenyataan itu sedangkan ketika perbincangan Jumaat lalu, semua syarat itu sudah dibincang serta mendapat persetujuan bersama. Ape ni beb????! cakap lain, buat lain!!!
Katanya, Azmin tidak jujur dan tindakannya MENAFIKAN polis memberi beberapa syarat bagi mengadakan perhimpunan terbabit adalah tidak benar serta ia menyebabkan orang ramai keliru dengan kenyataan itu. “Kenyataan Azmin berhubung polis membenarkan perhimpunan dijalankan tanpa syarat adalah tidak benar, semua syarat yang kita keluarkan dalam laman facebook PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan media, itulah syarat yang sudah dipersetujui bersama semasa perbincangan Jumaat lalu.
“Syarat-syarat itu juga sudah diterima serta ditandatangani Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar, ketua perhimpunan yang bertanggungjawab memastikan kelancaran perhimpunan berkenaan dalam perbincangan lanjut kelmarin,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, antara syarat utama yang dipersetujui bersama adalah perhimpunan hanya boleh diadakan di tempat letak kereta awam luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan tinjauan polis di kawasan berkenaan mendapati ia mampu memuatkan tidak lebih 5,000 orang saja.
“Cuma parkir di kawasan berkenaan saja dibenarkan dan kita sudah buat tinjauan kawasan itu hanya boleh menampung 5,000 orang, jika lebih ia akan timbulkan limpahan dan perkara itu melanggar syarat sebagaimana yang sudah dipersetujui.
“Sesiapa saja boleh menyertai perhimpunan itu namun tidak boleh melebihi 5,000 orang dan jika lebih, mereka yang datang harus beredar,” katanya.
p/S: Yang pasang niat nak pegi tu...baik pikir balik..berballoi ke korang pegi?? buat penat jer sokong dorang ni...dorang sendiri pun becerai berai + tunggang langgang.
No comments:
Post a Comment