Total Pageviews

Wednesday 4 January 2012

Kain rentang yang menghasut


Percubaan untuk mempengaruhi orang ramai supaya mengambil bahagian dalam "901 Free Anwar Campaign" di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin depan boleh melemahkan badan kehakiman, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan pihak-pihak tertentu yang cuba mengheret rakyat ke jalan-jalan dan boleh menyebabkan pergolakan di negara ini.

"Pihak polis mendapati banyak kain rentang dipasang di tempat-tempat awam dan blog menghasut orang ramai untuk menyertai demonstrasi berhubung dengan keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada hari itu."

No comments:

Post a Comment