Total Pageviews

Saturday 7 January 2012

Pemimpin PKR tak tahu Undang-undang rupanya...

Dalam Malaysiakini semalam , Azmin Ali ada cakap bahawa pihak polis tidak mengenakan sebarang syarat dan menegaskan bahawa KEADILAN menerimapakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Mohamad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada pagi Jumaat 6 Januari 2012. (rujuk di sini : http://www.malaysiakini.com/news/185954)

Azmin bagi statement ni sebab tetiba je KPD Sentul keluarkan 10 syarat untuk kawal selia perhimpunan tersebut. 

Syarat-syarat adalah : 

1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan. 

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut. 

10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

Bodoh gak si Azmin ni, xkan dia xbaca buku undang-undang...Ketua Polis Daerah diberi kuasa penuh untuk kawal selia perhimpunan, bukannya Ketua Polis KL. Macamana la si Azmin ni nak diangkat sebagai PM kalau bende camni pun kene bodoh je...adei.!!  Nasihat aku, Azmin kene pi mengadap KPD Sentul la plak untuk dapat blessing...hee...

No comments:

Post a Comment